Review #Hotel101Bangi
Hari Isnin lepas kitaorang(sebenarnya mama syaqir tu...) mengada-ngada nak ikut suamiku pegi kursus sehari di ILSAS. Lagipun senangla kalau aku pegi sebab tahula sket2 jalan area situ. Kebetulan cuti sekolah, ajak sekali adikku. Bolehla temankan jaga #mysyaqir yang semakin hari semakin aktif tu.
Sampai di area Bangi pukul 4 pagi mendesak kami mencari hotel untuk berehat sebentar sebab petang nanti nak terus pulang ke Terengganu semula. Cari punya cari dapatla satu bilik, alhamdulillah.... walaupun 2,3 hotel kat area bandar baru bangi ni dah 'Full house' al maklumla musim cuti sekolah.
Sampai di area Bangi pukul 4 pagi mendesak kami mencari hotel untuk berehat sebentar sebab petang nanti nak terus pulang ke Terengganu semula. Cari punya cari dapatla satu bilik, alhamdulillah.... walaupun 2,3 hotel kat area bandar baru bangi ni dah 'Full house' al maklumla musim cuti sekolah.
![]() |
Rate untuk Hotel 101 Bandar Baru Bangi , Seksyen 9,Selangor |
Even sempat ber'siang' je kat hotel ni,tp yang paling tak dilupakan showernya yg best dan tak lupa juga wifi nya yang super strong...mama suke!
Lagi satu depan bilik yang kitaorang tinggal tu, disediakan juga surau...jarang-jarang je hotel yang taraf bajet ni ada surau berasingan dengan bilik kita..
Pukul 12 tengahari, terpaksa check out dari bilik.Kalau ikutkan dak-dak ni, nak je diaorang sambung tidur lagi..hihihi..Hubby pun dah habis kursus. Lunch Time!...memandangkan perut dah berkeroncong kami pilih food court dalam UNITEN tu je...malas nak cari tempat lain dah. Yang best harga makanan kat sini standard harga student la..Makanan pun ok, boleh tahan sedap juge...
Perut dah penuh, ajak hubby jalan-jalan di Bangi Getaway terletak di Seksyen 15,Bandar Baru bangi. Dengar-dengar ini shopping mall terbaru di Bangi. Kebanyakan kedai di situ, terdiri daripada butik-butik kecil, maybe daripada Online Seller..Syaqir pun enjoy bermain di MamaYaya Zone. RM5 per entry..murah sangatla..Abah teman syaqir main, mama dan che su window shopping kejap. Dalam masa sejam duk situ, sempat jugak grab baju blouse..hihihi...Dah habis shopping jap, kitaorang bertolak balik dengan lemah dan mengantuk...
Walaubagaimanapun, kami selamat menempuhi perjalanan balik dengan jayanya.
p/s: terima kasih juga pada kak na, sempat singgah untuk solat dan rehat sekejap di rumahnya di kemasek..Syaqir happy sangat dapat main dengan Abg Alif!..
Setakat ni saja entri kali ini...
Jumpa di lain entri ya!...
No comments:
Post a Comment