Katenya air naik dengan cepat walaupun hujan tidak lebat mane..yang paling 'ngeri' bila hanya boleh tengok sahaja air dari sungai mengalir laju mengisi tempat-tempat yang rendah (termasuk rumah nenekku) dan air sungai memenuhi kawasan rumah hingga sejengkal lagi nak cecah lantai rumah...
ayahku terpaksa berjalan kaki(dengan pakai kain batik dan bawa payung) dari kg.jerulong,salor ke kg.pdg sakar,salor(hampir 2km) meredah air banjir untuk dapatkan air bersih.Lebih merisaukan keadaan nenek baru sahaja kena 'stroke'. Bot memang langsung xde. Line telefon,elektrik dan air semuanya terputus. Kami di Terengganu nak contact 'diaorng' pun tak boleh.Menunggu sahaja 'orang sane' contact ke sini.
Malamnya bergelap, tido pun tak lena risau air naik lagi..Di atas Jalan raya (kedai salor ke Gua,salor) jadi tempat parking kereta Utama. Kereta bersusun smpai 3lane...Di jalan raya jadi macam pesta, orang lalu lalang tak putus-putus. Ada yang dukung anak, tenangkan anak kecil yang menangis-nangis...ada yang tido di 'bus stand' sebab nak tunggu kereta dan macam-macam lagi...
Dengar kate, di penempatan mangsa banjir di Sek.Men Salor tu ada yang terpaksa 'survive' sendiri mencari makanan sendiri kerana tak dapat makanan. Makanan tak cukup. Ada sorang tu pengidap kencing manis , duk mengerang kesakitan akibat kaki yang luka makin membengkak -yang perlukan rawatan segera terpaksa bertahan sebab tak dapat dibawa ke hospital.
Peniaga ada yang ambil kesempatan seperti jual rokok sampai RM30 sekotak. Yang peliknya ada juga yang sempat lagi berniaga makanan , mane 'diorang' dapat air bersih pun tak tahu. Tetapi jualan memang laku keras, sales luar biasa!
Semalam (28/12) bile air dah semakin surut, parents dan adik bongsu bertolak balik tapi perlu melalui jalan alternatif lain..Dlm perjalanan balik tu, terjumpa dengan lori yang 'offer' perkhidmatan bawa kereta melalui kawasan banjir dengan bayaran RM60 untuk satu kereta..Namun ayahku berusaha cari jalan alternatif lain.
Akhirnya, Selamat Sampai di rumah kami di Terengganu dengan selamat. Namun, kesian kenangkan nasib sedara-mara kami di Kelantan yang masih terputus dengan dunia luar sebab tiada perkhidmatan elektrik,air dan line telefon...
Doakan semoga semua tabah hadapi musibah besar ini..
![]() |
Ni sahaja gambar yang sempat snap |
IKLAN JAP....
![]() |
WHATSAPP 0199109065 untuk order |

SEMUA PROMOSI SAH HINGGA 31/12/2014 INI...
No comments:
Post a Comment