Tuesday, 9 September 2014

Ibu-ibu perlu ada skill ni...

Assalamualaikum.....

September ini genapla setahun saya bergelar suri rumah.Alhamdulillah.Walaupun bile difikir-fikirkan balik rasa macam sayang meninggalkan kerjaya dolu-dolu tapi demi sebuah sebuah masjid (berbunga-bunga ayat pagi ini) aku pejamkan mata,pandang ke hadapan...Tidak pernah terfikir diri ini akan jadi seorang suri rumah, Bila dah terjebak dalam kerjaya ini barula tau rupa-rupanya jadi suri rumah ni juga perlukan macam-macam skill..Antara skill yang diperlukan

1.Kemahiran Berfikir


- 'Housewife' ni memang perlukan skill ni. Bangun pagi-pagi dah kena fikir nak masak apa yang sesuai untuk anak-anak dan suami..so kena kreatif untuk sediakan sarapan yang cepat dan berkhasiat..

2.Multitasking



- Skill ini bukan setakat suri rumah je tapi semua ibu,mak,ummi memang kena ada skill ini..Kalau boleh satu masa tu nak boleh siapkan semua kerja dalam satu masa.Betul tak? tapi bergantung pada kecekapan mak-mak tu la..Tengok daripada ma saya, walaupun ma keje tapi setiap pagi sarapan pagi mesti siap terhidang di atas meja.Makanan tengah hari juga sempat mak saya sediakan untuk anak-anaknya.Memang tabik la mak saya.

3.Buat sesuatu keja dengan cepat

- Dari pengalaman saya, skill ini memang amat diperlukan.Terutamanya bagi ibu yang ada 'baby'. Bila anak tidur, mama barulah boleh bua kerja. Masa tu buat keje kena berdesupla, masa ni la mama jadi superwoman.Semua kerja macam jemur kain, masak, lipat kain dan lain-lain kerja perlu disiapkan segera sebelum 'baby' buka mata.Betul ke betul mummy semua?

Okla.Rasanya setakat ini la dulu entri kali ini. My teruna beta pun dah celik mata ni..



SID Shaklee Batu Rakit,Maras dan seluruh Malaysia
019-910 9065
Feel Free Like Our Facebook:Syira-Supplement-Shop
Blogspot  syirasupplementshop.blogspot.com


No comments:

Post a Comment