Entri hari ini nak share sket Resepi Puding Roti Bersos Kastard yang jadi idamanku selepas tengok ada kawan post kat FB hehehhe.Jemput tengok ye...nk share pun boleh...
![]() |
Get Ready to bake |
![]() |
Already Baked |
![]() |
Marvelous with Creamy Custard Sauce |
PUDING ROTI SOS KASTARD
Bahan-bahan
8 keping Roti
* 500 ml Susu segar/ 1 tin Susu Cair
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
2 sudu besar Kismis dan ceri merah
* ada yang tambah serbuk Cinnamon(tengok kat tenetla)
Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad..
2 s/b gula
Cara-cara
Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
Taburkan kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
Tuang ke atas puding roti tadi.
Saya suka bila buat puding ni guna bekas yang xtebal sangat.Supaya puding roti tu nipis-nipis je. So bila ngap tu terasa bahagian keras dan lembut tu. Ditambah makan dengan sos yang masih suam2 lagi...So selamat mencuba! Sesiapa nak komen ataupun ada cadangan penambahbaikan pun boleh share kat sini...Feel free upload your puding roti here!
No comments:
Post a Comment