“Wah, cantiknya kulit awak! Apa awak pakai? Awak ada amalkan apa-apa produk makanan ke? Saya teringinlah nak kulit cantik macam awak. Mesti seronok, kan? Akhir-akhir ni pun saya tengok awak nampak lain. Lebih cergas, badan semakin cantik. Beritahulah rahsia awak.”
Gembira tak jika ada rakan yang berkata demikian kepada anda. Apa rahsianya? Itu persoalannya. Adakah kerana anda selalu ke salun kecantikan ataupun mengamalkan petua tradisional? Mungkin ya dan mungkin anda boleh mencuba cara yang lebih mudah dan berkesan. Hanya dengan pengambilan makanan tambahan, itu sudah memadai untuk membuatkan anda tampil berbeza.
Perlukah Suplemen?
Apabila kita bercakap mengenai suplemen atau makanan tambahan, ramai akan memandang kepada suplemen yang menjurus terhadap pemakanan diet dan kesihatan. Ini adalah benar, kerana suplemen bukanlah sejenis ubat tetapi merupakan vitamin-vitamin pembina tubuh yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ya, suplemen sangat perlu untuk seseorang. Bukan hanya untuk berdiet, malah untuk kesihatan tubuh badan.
Apa Itu Suplemen?
Suplemen berbeza dengan ubat. Ubat dicipta dan terdiri daripada bahan jenis dadah yang sememangnya tidak baik untuk tubuh. Akan tetapi, suplemen terdiri daripada pati tumbuhan ataupun buah-buahan yang diambil dan dijadikan makanan ataupun minuman yang diambil sebagai tambahan bagi membantu mengekalkan kesihatan tubuh.
Dalam diet harian yang disyorkan pakar diet Amerika, amat penting dalam pengambilan makanan kita yang penuh dengan protein, vitamin dan sebagainya. Antara diet sihat yang perlu diikuti:

* 6-11 sajian roti, bijirin, nasi dan pasta lain
* 3-5 sajian sayur-sayuran
* 2-4 sajian buah-buahan
* 2-3 sajian susu, yogurt dan keju
* 2-3 sajian daging, ayam itik, ikan, kacang kering, telur atau kacang
* Lemak, minyak dan gula-gula secara sederhana
Namun, tidak semua daripada kita mampu mengikuti setiap diet yang disarankan, malah bukan semua makanan yang kita makan mengandungi khasiat sebenarnya yang mencukupi. Contohnya, buah-buahan. Sememangnya, dikatakan buah-buahan mengandungi kandungan vitamin dan serat yang tinggi. Namun, ia mempunyai nilai pemakanan yang sedikit kerana ditanam dalam tanah yang kekurangan nutrien, dipetik sebelum ia masak semula jadi, dirawat mengguna gas dan radiasi,dan disimpan selama berhari-hari sebelum kita memakannya.
Jadi, diet kita kekurangan blok-blok pembinaan yang penting bagi makanan berguna yang diperlukan bagi menjamin kepada kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan. Tanpa makanan fungsian, tubuh tidak boleh meneruskan prosesnya untuk sembuh sendiri jika diserang penyakit. Ini seakan-akan kandungan metabolisme yang kurang dalam tubuh badan.
Apakah Jenis-jenis Suplemen yang Ada?
Terdapat tiga jenis suplemen yang ada di pasaran iaitu suplemen sintetik, organik dan semula jadi. Suplemen juga terdapat dalam bentuk pil, kapsul, tepung, gel lembut, ekstrak atau cecair. Ada juga jenis yang boleh dimasukkan ke dalam air atau snek pemberi tenaga.
Suplemen yang Mana Lebih Baik?
Suplemen yang terbaik adalah suplemen daripada bahan semula jadi.
Adakah Suplemen yang Memberi Kesan Buruk?
Ada juga terdapat kesan sampingan kepada pengambilan suplemen, tetapi ia berlaku apabila seseorang mengambil suplemen daripada jenis sintetik.
Bagaimana Untuk Tahu Suplemen yang Sesuai untuk Diri Kita?
- Multivitamin dan mineral = Membantu melengkapkan kekurangan zat nutrisi dalam diet terutamanya bagi mereka yang tidak mendapat khasiat sepenuhnya daripada makanan.
- Execap Capsule = Ia mengandungi Vitamin B yang tinggi. Komponen yang penting untuk tenaga dan sistem saraf serta sesuai untuk individu yang sibuk dan aktif dengan aktiviti harian.
- Vitamin C Complex = Memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen dan membantu dalam penyerapan zat besi. Ia juga membantu mengurangkan masalah selesema, menyembuhkan luka dan meningkatkan pemulihan tisu dalam tubuh. Ia juga membantu melambatkan penuaan dan sangat baik untuk kulit.
- Kalsium dan Vitamin D = Ia baik untuk kekuatan tulang dan gigi. Kalsium juga berperanan meningkatkan kemampuan otot jantung untuk mengembang dan mengempis serta seterusnya mengawal degupan jantung serta membantu masalah osteoporosis. Manakala vitamin D pula membantu meningkatkan penyerapan Kalsium .
Bagaimana pula untuk Mereka yang Hendak Berdiet?
Pengambilan suplemen tidak terhad kepada golongan umur ataupun mengikut keperluan tubuh. Ia boleh diambil oleh sesiapa sahaja dan pelbagai tujuan. Antaranya, untuk tujuan berdiet. Minimum untuk seseorang memulakan program pemakanan harus terdiri daripada pengambilan suplemen multivitamin atau mineral dan protein. Kemudian, berasaskan keperluan dan gaya hidup, ditambah dengan vitamin C, B kompleks dan vitamin E.
Jadi bila dah faham apa itu suplemen.Perlu kita ambil suplemen semulajadi ini? Renung-renungkan. Bagi saya suplemen sangat penring bagi keluarga saya.Ini saya bawakan Jenama Nutrisi Semulajadi yang menjad fenomena sekarang. Shaklee...Jom Lihat apa perbezaannya.
PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH
- Syira Yadri [ SID No : 1089575]
- Contact No : 019-910 9065
- Blog: syirasupplementshop.blogspot.com
- Like my Fanpage :Syira Supplement Shop
- COD area Batu Rakit,Manir,Gong Badak,Padang Nenas,Maras,Padang Kemunting♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia■■Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 1089575 untuk dapatkan supplement anda ■■